KAWASAN
PERSEMPADANAN BDA |
|
|
Bintulu,
terletak di bahagian tengah Sarawak, merupakan bandar pesisir pantai dan
pusat pentadbiran di bahagian Bintulu. Ianya kira-kira 650 km dari pusat
pentadbiran, Kuching dan kira-kira 215km dari Sibu atau Miri, dua bandar
lain yang membangun di Sarawak. Bahagian Bintulu telah diisytiharkan kawasan
persempadanan BDA yang meliputi 12,515 km persegi, termasuk 5 km di luar
pesisir pantai. Lebih kurang dua dekad lalu, Bintulu merupakan pekan terpencil dan perkampungan nelayan. Walaubagaimanapun, setelah penubuhan Lembaga Kemajuan Bintulu pada Julai 1978, telah merubah Bintulu menjadi salah satu bandar yang terpenting, terancang, pembangunan industri yang pesat membangun dan komersial dengan keindahan landskap yang menarik dan menghijau. Bintulu mempunyai populasi penduduk sebanyak 170,000 merangkumi pelbagai bangsa seperti Iban, cina, melayu, melanau dan bangsa lain termasuk pekerja asing yang mempunyai pelbagai budaya dan agama. Walaupun gah sebagai bandar pusat industri yang membangun dengan projek menelan berbilion ringgit, Bintulu juga masih mengekalkan dan memelihara keaslian hutan hujan tropikanya. Dengan kedudukan geografinya di antara Kuching dan kota kinabalu - kedua-duanya boleh dihubungi dengan laluan darat dan udara, Bintulu adalah pintu masuk yang mempunyai tarikan pelancong seperti Gua Niah, Taman Negara Mulu, Loagan Bunut, Taman Negara Lambir.Bintulu boleh dihubungi dengan bandar-bandar utama dan tempat-tempat yang menarik melalui rangkaian jalan darat. |