MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN | AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
PUSAT BELI-BELAH
PENGANGKUTAN
PENDIDIKAN
TELEKOMUNIKASI
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
SEJARAH

 

 

 

 

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM LAIN

Hospital Bintulu

 

PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

Hospital Umum Bintulu menawarkan 300 buah katil termasuk wad kelas I dan kelas dua. Hospital yang terletak di Jalan Nyabau, mengabungkan pelbagai bidang asas perubatan termasuk Gynaecology, perubatan, Obstetrics, Paediatrics dan Surgery. Ianya juga menyediakan perkhidmatan rawatan asas di bawah pelbagai bidang seperti klinik gigi, X-ray, makmal ujikaji, bilik bedah, farmasi and fisioterapi.

Terdapat juga klinik-klinik swasta yang dikendalikan oleh doktor dan doktor gigi yang bertauliah.

Ke atas

 

KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI  

Bintulu mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. 

Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bolasepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.

kolam renang

Selain dari kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong. 

Padang Golf 18-lubang

Padang Golf 18-lubang di Tanjung Batu bukan sahaja sebuah padang golfyang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. padang golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.

Permohonan untuk keahlian perlu dibuat dengan mengisi borang melalui Kelab Golf Bintulu, Jalan tanjung Kidurong, P. O.Box 1072, 97000 Bintulu. Yuran keahlian seperti di bawah:-

Yuran Permohonan  

- RM6,000

 

Yuran  Bulanan

- RM63

 

Green fees Untuk pemain yang dibawa

- RM110 

untuk hari biasa & RM157.5untuk hujung minggu dan cuti umum

Tumbina

BDA juga telah menyiapkan 2 projek rekreasi iaitu Taman Tumbina (TTB) and Taman Negara Similajau . Tapak seluas 36.4 hektar (520 ekar) terletak di kawasan rekreasi Tanjung Kidurong di mana kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar, konsep TTB merupakan integrasi zoo dan taman botani. . Ianya merupakan lawatan yang menyeronokkan dengan melihat berbagai jenis burung dan binatang di Malaysia di mana 67 spesies (457 individu) burung, mamalia dan reptilia, taman burung yang pertama di Sarawak dengan pelbagai ciri tumbuhan. Taman Negara Similajau, kira-kira 20 kilometer di utara-timur Bintulu, merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke Bintulu.

Gua Niah yang terkenal merupakan pust rekreasi yang terletak di luar Bintulu dengan jarak 120 km yang mengambil masa selama satu setengah jam perjalanan dengan memandu kereta dari bandar Bintulu.

Bintulu juga mempunyai pantai-pantai dan sungai-sungai yang menarik dan cantik. Daya tarikan semualajadi ini yang memberi pilihan untuk berekreasi kepada penduduk-penduduk di bandar Bintulu atau orang luar samada untuk berkelah atau menyusuri sungai .

ke atas

Hubungi Webmaster untuk sebarang pertanyaan mengenai Laman Web kami.
Hakcipta BDA © 2005