PENGANGKUTAN
Lapangan
Terbang baru terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan
terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2200 meter yang membolehkan
pesawat B747 untuk mendarat. Landasan itu akan dipanjangkan ke 2600
meter mulai tahun 2005 dan seterusnya bagi membolehkan Airbus A330 mendarat.
Penerbangan terus ke destinasi tertentu seperti Singapura, Kuala Lumpur,
Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya
Lapangan Terbang baru tersebut.

Lapangan Terbang Bintulu
Bot-bot ekpres
Selain
daripada itu, terdapat juga perkhidmatan teksi ke pusat bandar dan perkhidmatan
bas membawa anda ke sekitar bandar Bintulu dan bandar-bandar utama di
Sarawak. Bot-bot ekspres juga menyediakan perkhidmatannya ke destinasi-destinasi
yang boleh dihubungi melalui jalan air.
Terminal
Bas Bintulu
Perkhidmatan
Teksi menyediakan perkhidmatan untuk jarak jauh dan setempat di Bintulu.
Turut disediakan perkhidmatan tempahan teksi untuk jarak jauh dari bandar
Bintulu ke bandaraya Miri dan bandar Sibu. Tempahan boleh dibuat melalui
panggilan telefon : 086-332009.
Pelbagai
perkhidmatan bas juga didapati di sekitar kaawasan bandar dan Tanjung
Kidurong. Bas-bas ini berulang-alik di antara bandar Bintulu ke semua
bandar utama di negeri ini seperti Sibu atau Miri, dari Bintulu ke Sarikei
dan
dari Bintulu ke Kuching.
Ke
atas