
Gambar
lama bandar Bintulu
Mengimbas
kembali 40,000 tahun yang lampau dengan penemuan peninggalan sejarah
di Gua Niah, kira-kira
120 km ke utara Bintulu, di mana tamadun bermula. Penemuan barangan
purba negara China menunjukkan tanda permulaan aktiviti perdagangan
di situ.
Bintulu pernah diperintah di bawah Kesultanan Brunei. Walaubagaimanapun,
pada tahun 1841, Sarawak diserahkan kepada Sir James brooke, penjelajah
Inggeris yang merupakan Raja pertama Sarawak. Pada tahun 1891, Bintulu,
yang merupakan sebahagian dari kerajaan brunei, telah diserahkan kepada
Raja and menjadi sebahagian daripada Sarawak.
Lokasi
berdekatan dengan Brunei, Bintulu memainkan peranan yang penting dalam
sejarah demokrasi di Sarawak. Pada 8
hb. September, 1867, Bintulu menjadi tempat perjumpaan yang pertama
bagi Perhimpunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Keluarga Brooke telah memerintah
Sarawak selama 100 tahun sebelum Jepun mengambil alih di antara tahun
1941 ke 1945. Apabila raja Charles vyner Brooke, kembali ke Sarawak
pada tahun 1946, beliau telah menyerahkan kuasa pemerintahan Sarawak
kepada Britain. Kemudian pada tahun 1946, Sarawak menjadi koloni pihak
British.
Pemerintahan koloni berakhir
pada 22 Julai 1963, dan Sarawak memasuki Persekutuan pada 16 September,
1963.
Berikutan penemuan simpanan
gas asli di persisiran pantai Bintulu pada tahun 1969, kajian telah
dibuat pada tahun 1975 mendapati tanjung kidurong adalah tempat yang
sesuai bagi pelabuhan laut dalam yang pertama di Sarawak.
Menyedari potensi perindustrian
di Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu(LKB), ditubuhkan oleh kerajaan
negeri pada tahun 1978 untuk menjalankan pembangunan infrastruktur,
juga sebagai penyelaras dan penggalak kepada pelaburan kawasan perindustrian.
Dari
tahun 1979 dan seterusnya, Bintulu
telah mengalami pembangunan industri yang luarbiasa dan akan berterusan
menjelang tahun 2000. Terkini, Bintulu telah pun menjadi pusat pertumbuhan
industri di Sarawak.