MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN | AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |  
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
PUSAT BELI-BELAH
PENGANGKUTAN
PENDIDIKAN
TELEKOMUNIKASI
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
SEJARAH

 

 

 

 

 

TELEKOMUNIKASI DAN KHIDMAT AWAM

Telekomunikasi dan perkhidmatan pos di Bintulu mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk, pada masa kini dan masa depan.

(klik tajuk di atas untuk penerangan lanjut)

Pejabat Pos bintulu

 

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI  

Syarikat Telekom Malaysia Berhad merupakan pelengkap utama perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi di Bintulu.Ianya mempunyai dua ibu sawat digital sepenuhnya di bandar Bintulu dan Tanjung Kidurong dimana dapat memberi perkhidmatan kepada 25,000 pengguna dimana 15,000 talian sedang beroperasi dan mampu menyediakan terimaan yang jelas dengan kelajuan data yang tinggi. Semua rangkaian adalah disambung melalui kabel gentian fiber optik samada di jalanan ataupun terus ke pejabat. Rangkaian-rangkaian tambahans sedang dirangka sekarang bagi memenuhi permintaan yang tinggi di Bintulu. Juga terdapat ibu sawat digital kawalan jauh yang lain seperti Kampung Jepak dimana dapat menampung perkhidmatan 1000 pengguna.

Selain daripada perkhidmatan data dan telefon, Telekom Malaysia menawarkan Perkhidmatan Rangkaian Digital Bersepadu(ISDN) yang berupaya menghantar data dan nada serentak. Perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui sambungan ISDN termasuklah Pesidangan Video dan sambungan internet dimana ianya digunakan oleh Sarawak Shell Bhd.

Kemudahan-kemudahan telekomunikasi lain yang ada termasuklah celular,telek, radio, telegram, fonogram,telefax, telefon berbayar dan lain-lain dimana ianya dapat menghubungkan anda ke beberapa destinasi di dunia dalam beberapa saat sahaja. Bintulu dihubungkan ke bandar-bandar utama dan kecil di Malaysia dan lain-lain bandar di dunia melalui kabel gentian optik dan sambungan gelombang mikro digital.

ke atas

PERKHIDMATAN POS  
Perkhidmatan Pos adalah tanggungjawab Pos Malaysia Berhad. Pada masa kini, Bintulu ada 2 buah pejabat pos. Pejabat utamanya terletak di bandar Bintulu manakala pejabat cawangannya di Kidurong. Selain dari kedua-dua pejabat pos tersebut, terdapat juga 2 mini pos yang mana satu darinya terletak di pusat bandar Bintulu dan salah satunya lagi di Pusat Komersial Medan Jaya (di Terminal Bas Medan Jaya).

ke atas

 

Hubungi Webmaster untuk sebarang pertanyaan mengenai Laman Web kami.
Hakcipta BDA © 2005