|
|
|
|
TEMPAT-TEMPAT
MENARIK |
Kampung
Jepak
-Perkampungan Nelayan

Menyeberangi
sungai Kemena dengan "Perahu Tambang" akan membawa anda
ke perkeampungan nelayan Kampung Jepak yang mempunyai penduduk yang
mesra dan peramah. Anda pasti tidak akan dapat melupakan lawatan andan
dengan gaya hidup tradisional Melanau Bintulu. Anda pasti akan terkenang
cara-cara bagaimana sagu diproses, cara membuat ikan kering, belacan
Bintulu yang terkenal, cara membuat Terendak (Terendak kaum Melanau),
Tutop (Tudung Saji) yang mana masih lagi terdapat di sana. Senario
tersebut sebagai pasti membawa memori anda ke zaman silam Bintulu
sebagai sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan terpencil.
|
Tugu
Dewan Undangan Negeri
-Tempat persidangan
pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak
Diabadikan
sebuah tugu yang melambangkan tempat persidangan yang pertama dan
tertua di Malaysia dimana Dewan Undangan Negeri bersidang pada 8 September
1867. Di
bawah pemerintahan Charles Brooke, pemerintah kedua keluarga Brooke
yang merupakan pemerintah kulit putih di Sarawak telah mempengurusikan
persidangan tersebut dengan 5 orang pegawai British dan 16 orang ahli
kaum Melayu dan Ketua kaum Melanau. Mereka telah membuat satu era
baru dengan membincangkan hal-hal pemerintahan negeri dan kebajikan
penduduk. Batu asa tugu yang bersejarah ini telah diletakkan pada
tahun 1967 dan telah diperindahkan lagi dengan pembinaan menara jam
dan kolam pancutan air pada tahun 1987.Kawasan kelilingnya telah dihiasi
dengan rapi dengan pembinaan pagar sekeliling untuk keselamatan dan
kawal selia pada tahun 1998.

Tugu Dewan Undangan
Negeri
|
Pasar
Utama Bintulu & Tamu Bintulu
Terletak
di pusat Bandar Bintulu, di sinilah tempat penduduk-penduduk membeli
belah, ikan-ikan yang segar serta sayuran segar yang pelbagai jenis
boleh didapati di sini. Di tingkat satu Pasar Utama ini disediakan
gerai-gerai untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat seperti
mi laksa, mi jawa, pulut panggang, mi kolok dan pelbagai jenis lagi
masakan yang menyelerakan. Bagi menghilangkan dahaga, anda boleh menikmati
ABC (Ais Batu Campur), cendol atau teh tarik. Bersebelahan dengan
Pasar Utama ialah Pasar Tamu dengan barangan buatan tangan penduduk
tempatan daripada hasil hutan dan sayuran yang segar juga boleh didapati.
Kedua-dua pasar ini diunikkan denagn binaan yang menyerupai Terendak
dibahagian atapnya yang pasti menjadi daya tarikan sambil membeli
belah keperluan harian anda.
Ke
atas
Pasar Utama Bintulu
& Tamu Bintulu
|
Pasar
Malam
Hanya
beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel-hotel penginapan dengan
suasana yang hirok-pikok terletak di Jalan Kampung Dagang. Anda akan
mendapat apa yang anda hajati dari lebih kurang 150 gerai yang terletak
di situ dengan harga yang berpatutan seperti barangan permainan, barangan
elektrik, seramik, jam tangan, makanan pelbagai jenis dan berbagai
jenis lagi barangan yang pasti akan mengisi keperluan andan - alamilah
susana tawar menawar di pasar malam tersebut.

Pemandangan
Pasar Malam
Ke
atas
|
Dibina
dengan keunikan dan mempunyai struktur pembinaan yang moden dengan
memelihara kecantikan dan nilai-nilai Islam yang dinamakan Masjid
Assyakirin yang membawa makna Kesyukuran. Dengan air terjun buatan
yang telah dibina bertingkat-tingkat bersesuaian dengan kedudukannya
di atas bukit dan hiasan landskapnya yangcantik pasti akan kekal
dalam memori anda sekiranya singgah di Masjid ini untuk bersolat
bagi yang beragama Islam.

Masjid Assyakirin
Ke
atas
|
Tokong
Kuan Yin Tong
Sebuah
lagi tokong bagi kaum Cina yang terletak di Jalan Sultan Iskandar
yang mempunyai rekabentuk yang unik dengan ukiran-ukiran yang menakjubkan.
Selain daripada itu terdapat jugasebuah taman dengan air terjun buatan
yang tidak kurang dari segi keunikannya yang menjadi daya penarik
kepada para pengunjung.

Tokong Kuan Yin
Tong
Ke
atas
|
Pantai
Tanjung Batu
Untuk
menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung
ke Pantai Tanjung Btau di sinilah temptanya, anda boleh membawa keluarga
untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan
untuk anda bertukar pakaian. Jemu memasak di rumah anda boleh membuat
barbecue di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Berdekatan
ialah gerai-gerai minuman dan makanan. Anda boleh menjamu dengan menikmati
sate dan rojak, ais kerim dan air kelapa untuk menghilangkan dahaga
selepas anda bersiar-siar dia pantai pada waktu petang.

Pemandangan pantai Tanjung Batu di waktu malam
Ke
atas
|
Taman
Tumbina
Mempunyai
keluasan simpanan seluas 12 hektar di tepi pantai Tanjung Batu dan
hanya 4 Km dari pusat bandar, anda boleh menikmti keindahan pemandangan
di sini. Dengan gabungan mini zoo dan taman bunga yang terletak di
atas bukit yang menghadap ke Laut China Selatan dan Bandar Bintulu,
pasti akan mendamaikan lagi suasana pemandangan di situ. Menjelajah
ke dalam taman untuk menyaksikan gelagat haiwan dan keindahan bunga-bungaan
di taman ini pasti menghilangkan suasana sibuk di bandar yang semua
dijaga rapi agar pengunjung-pengunjung berasa selamat ketika berkunjung.
Di sini terdapat Burung Kenyalang (Burung Kebesaran Negeri Srawak),
Helang dari berbagai sepsis, Flamingoes, Orang Utan, Harimau, Buaya,
Ular Sawa, Rusa dan berbagai lagi jenis binatang yang disenaraikan
terkawal.
Taman Tumbina
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Kurator,
Taman Tumbina Bintulu
Lembaga Kemajuan Bintulu
Tel: (60) 86-337709, 337710
Fax: (60) 86-330670
Ke
atas
|
Padang
Golf
Bagi
pengemar sukan golf, mereka boleh memnuhi cabaran golf dengan 18 lubang
yang mempunyai standard antarabangsa di Bintulu. Dengan permukaan
yang berbukit bukau sudah tentu hamparan padang golf ini akan memberi
cabaran sebenar bagi pemain golf. Selain dari permukaan yang mencabar,
pemain boleh menyaksikan permukaan Laut China Selatan dengan udara
yang segar dengan menikmati makanan tempatan di Club House yang terletak
di atas bukit selepas anda bermain golf.

Golfers in action
at Bintulu Golf Course
Untuk maklumat
lanjut, hubungi:
Club Manager, Bintulu Golf Club
Tel: (60) 86-253213, 252001
Fax: (60) 86-253213
Untuk Pengemar Sukan
Golf
Ke
atas |
|
Taman
Negara Similajau
- Keaslian Alam semulajadi untuk pengembara
Merupakan
salah sebuah Taman Negara yang mempunyai pantai yang indah dan cantik
dengan pasirnya yang keemasan. Dahulu ianya tidak dikenali sebagai
tempat peranginan tetapi kini, ia telah terkenal kepada pelancong
dalam dan luar negara di bandar tenaga ini. Dengan keluasan 7,000
hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti
burung dan 24 jenis sepsis mamalia.
Bagi
pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat-tempat penginapan
seperti chalet dan hostel disediakan di sini. Untuk urusan tersebut,
anda boleh menghubungi bahagian informasi jabatan perhutanan yang
ada di sana.

Taman
Negara Similajau (Pasir Mas)
Untuk
maklumat lanjut, hubungi:
Forest Department (National
Park/Wildlife)
Tel: (60) 86-336101
fax: (60) 86-331923

Similajau National
Park Chalet
|
|