MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN| AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |
PIAGAM PELANGGAN
KHIDMAT

 

 

 

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BDA

AUDITORIUM  BDA 

Auditorium moden yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti ceramah, seminar, dsbnya, dapat memuatkan 400 orang penonton. Auditorium yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan alatan audio visual dan alat siaraya. untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Seksyen hal-Ehwal Awam di talian 086-332011 atau menempahnya secara online.

LESEN PERNIAGAAN 

Kami mengeluarkan berbagai lesen perniagaan di bawah ordinan BDA 1996 dan By-laws yang lain. Sebarang pertanyaan, sila hubungi kai di Unit Perlesenan di talian 086-332662.


MENANGANI ADUAN DAN KOMEN

Melalui 2 talian hotline, kami menerima dan menyelidik aduan dan laporan daripada orang awam mengenai perkhidmatan kami. Kami juga melayani aduan dan laporan yang bertulis dan memastikan setiap isu ditangani dan dibalas dengan segera. Talian hotline kami, 086-332277 dan 086 337700. kami juga ada mengada "Hari Bertemu Pelanggan" .Orang awam juga boleh membuat aduan secara online melalui sistem e-Request(BDA) atau Sistem Talikhidmat.

PEMUNGUTAN SAMPAH DOMESTIK

Pungutan sampah dilakukan 3 kali seminggu di premis kediaman dan setiap hari di kawasan-kawasan komersial. Refuse collected are normal domestic wastes not including garden or commercial wastes. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Hotline di 086-332277 dan 086 337700 atau Scavenging Unit di talian 086-332662 (samb.. 318).

PENYELENGGARAAN PARIT

Penyelenggaraan Parit di Bintulu diselenggarakan oleh kontraktor BDA. Untuk membaiki parit, parit tersumbat atau desilting, sila hubungi talian Hotline di 086-332277 dan 086 337700.

PERPUSTAKAAN AWAM  

Perpustakaan Awam BDA, Kidurong, Tatau and Sebauh dibawah pentadbiran dan kawalan BDA. Perpustakaan Bintulu yang baru dan moden, menyediakan kemudahan yang terkini dan perkhidmatan e-services (http://www.librarynet.com).Buat masa kini ada kira-kira 100,000 koleksi buku. Di samping ianya dibuka untuk orang awam, perpustakaan bintulu menawarkan keahlian, perkhidmatan internet, dan aktiviti kanak-kanak. Ianya dibuka dari jam 9:00 pagi sampai 8:00 malam setiap hari kecuali hari Ahad dimana ianya dibuka sampai jam 12:30 tengahari dan tutup pada hari cuti umum. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 086-331812 atau 332537. Fax 086-339826. e-mail : bdalib@bda.gov.my

PENYELENGGARAAN JALAN 

Merangkumi kerja-kerja penampalan, penurapan dan membuat lining jalan. Hubungi talian Hotline atau Seksyen Penyelenggaraan Jalan di talian 086-332662.


KAUNTER SBBS (PEJABAT PERBINDA)

Tingkat Bawah (Bilik 002), Bangunan Pejabat PERBINDA, Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu.

Pelbagai bayaran dapat dibuat di kaunter kami seperti bil Cukai Taksiran, yuran lesen BDA, firearms licences, bayaran kompaun, bayaran kompaun lebih masa letak kereta dan LAKU, SESCO & bil TELEKOM (yang tidak terlebih tarikh). Hanya bayaran berbentuk tunai dan cek diterima. Pelanggan juga boleh membuat bayaran melalui laman web paybills Malaysia.

KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI

Untuk tempahan dan sewa bagi pelbagai bentuk sukan, rekreasi dan kemudahan-kemudahan lain seperti padang bola, badminton, squash, meja ping pong, gelanggang tennis , kemudahan gym , dan pusat sukan. hubungi unit sukan dan rekreasi di talian 086-332662 samb. 124 or 125 dan Pusat Sukan Kidurong di talian 086-252939.

Khidmat-khidmat lain :

  • Pemotongan rumput
  • Fogging
  • Penyelenggaraan dan Pengindahan Landskap dan lain-lain.

Ke Atas

Sila hubungi Webmaster jika ada sebarang pertanyaan dan komen.
Hakcipta BDA © 2005