MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN | AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |

 

SUDUT KUALITI

ISO:

BDA telah diperakukan di bawah MS ISO 9001:2000 pada 4 April 2004 oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Skop Pendaftaran ISO seperti dibawah :

1. Pembangunan Projek
2. Kawalan Pembangunan
3. Pungutan Cukai Taksiran
4. Perlesenan
5. Pekhidmatan Penyelenggaraan
6. Pengurusan Perpustakaan
7.
Pengurusan Zoo dan Taman Botani

Sebelum ini , BDA telah diiktiraf di bawah MS ISO 9002:1994 oleh MAMPU.

Sijil MS ISO 9001:2000

KMK:

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK bukanlah fenomena baru di BDA. Dalam era 90-an, beberapa kumpulan telah ditubuhkan dan telah menyiapkan projek masing-masing. Kumpulan KMK BDA juga telah mencapai pingat emas di Konvensyen KMK peringkat kebangsaan.

Walaupun begitu, selepas itu tiada usaha kesinambungan untuk mengekalkan aktiviti KMK di BDA sehinggalah pada tahun 2001/2002 dimana BDA berusaha menghidupkan kembali aktiviti KMK di BDA.

Terkini, terdapat 3 buah pasukan KMK di BDA iaitu Arrows, Enforcer dan Q-Saver.

PENCAPAIAN:

ARROWS:

1. Pingat Emas – Konvensyen QCC/ICC Sabah/Sarawak anjuran NPC (Kota Kinabalu)
2. Mewakili BDA di konvensyen QCC Sektor Awam anjuran Jabatan Ketua Menteri (Kuching)

Enforcer:

1. Pingat Perak– Konvensyen QCC/ICC Sabah/Sarawak anjuran NPC (Kota Kinabalu)
2. Mewakili BDA di konvensyen QCC Sektor Awam anjuran Jabatan Ketua Menteri (Kuching)

Q-Saver:

1. Pingat Perak– Konvensyen QCC/ICC Sabah/Sarawak anjuran NPC (Kota Kinabalu)

Tech No Fear

Lib-Q

5S:

5S merupakan satu lagi sistem yang diamalkan di BDA. Dengan adanya bangunan yang besar dan menarik seperti Wisma Bintulu, amalan 5S perlu dipraktikan di kalangan kakitangan-kakitangannya.Sejajar dengan itu, pada masa kini, BDA menuju arah pencapaian Persijilan 5S pada Disember 2005. Oleh kerana BDA merupakan organisasi yang besar, maka skop pensijilan ditekankan untuk BDA HQ sahaja. Ini akan diikuti oleh yang lain seperi majlis Perbandaran BDA, Taman Tumbina dan perpustakaan BDA. Sebanyak 8 Kumpulan telah ditubuhkan iaitu, Bunga Raya, Bourgenvilla, Matahari, Rafflesia, Mawar, Kasturi, Teratai & Melur.

Beberapa kursus amalan 5S diadakan termasuk program kesedaran 5S bagi mendedahkan kakitangan dan pihak pengurusan BDA kepada amalan housekeeping yang diamalkan oleh rakyat Jepun.

Pihak kami ada banyak aktiviti dan program yang akan dilaksanakan satu persatu dengan bantuan dan pimpinan pihak NPC, Sarawak. Sehubungan itu, BDA telah menganjurkan beberapa pertandingan 5S Dalaman seperti Sudut 5S Terbaik(dimenangi oleh Rafflesia), Amalan 5S Terbaik(dimenangi oleh Mawar),Stor Terbaik(dimenangi oleh Teratai ) dan Slogan Terbaik(dimenangi oleh Matahari ).

Sudut 5S Terbaik

Sistem Fail

The Best 5S Slogan :

 

"Persekitaran Bersih, Pekerja Cemerlang, BDA Gemilang"

 

 

 

HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP)

Seperti jabatan kerajaan yang lain,BDA juga mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) sekali setiap 2 bulan. HBP memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan ketidakpuasan hati atau aduan terhadap khidmat-khidmat BDA kepada pengawai yang bertugas semasa HBP itu.

Untuk meningkatkan dan memperbaiki perkhidmatan BDA dari masa ke semasa, borang soal-selidik disediakan untuk orang awam mengisi dan menulis mengenai cadangan mereka semasa Hari Bertemu Pelanggan.

Program kesihatan:

'Healthy mind comes from healthy body' adalah kepercayaan kakitangan BDA dimana program kesihatan seperti senamrobik dan jungle trekking dibuat untuk menjayakan program tersebut.

Kami mengadakan senamrobik/jungle trekking sekali sebulan pada penghujung hari Jumaat (petang) setiap bulan bagi kakitangan BDA dan kakitangan lain dari jabatan kerajaan yang lain di Wisma Bintulu seperti Jabatan Tanah dan Ukur, NREB, JAS and Jabatan Akauntan.

 

 

Hari bertemu Pelanggan

 

 

Aktiviti Senamrobik

CERAMAH KUALITI:

Ceramah Kualiti dimana diadakan sekali dalam 2 bulan adalah bermanfaat kepada kakitangan BDA. Tujuan utama mengadakan ceramah ini untuk mendedahkan kakitangan BDA dengan ilmu pengetahuan/pengalaman baru dan di forum ini mereka dapat bertukar pendapat mengenai pendapat/ pengetahuan satu sama lain.

Tajuk ceramah kualiti banyak menyentuh tentang etika kerja, pembangunan diri, motivasi diri dan sebagainya.

Di antara penceramah yang dijemput termasuklah dari ABF, SMDS, BPSB, konsultan persendirian(swasta) dan juga dari kalangan BDA sendiri.

Oleh kerana terdapat agensi-agensi kerajaan lain di bangunan Wisma Bintulu, maka kami menjemput mereka untuk menghadiri ceramah kualiti supaya mereka juga mendapat manfaat dari ceramah tersebut.

Ceramah Kualiti

kembali

Sila hubungi Webmaster jika ada sebarang pertanyaan dan komen.
Hakcipta BDA©2005