MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN | AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |
PROFIL BDA
ORGANISASI
PIAGAM PELANGGAN

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk :-

  • Menyiasat aduan-aduan pelanggan di Bandar Bintulu dalam masa 24 jam (hari bekerja) dan memberi jawapan dalam tempoh 3 hari;

  • Membuat semua bayaran kerja kontrak mengikut tempoh yang termaktub di dalam dokumen kontrak, dan bayaran-bayaran yang lain akan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap;

  • Memaklumkan kepada pemohon mengenai status permohonan Lot-lot Perindustrian, RPR, permit Pendudukan, Pelan-pelan Kejuruteraan, Bangunan dan Landskap dalam tempoh tidak melebihi 60 hari;

  • Menyelenggara bandar Bintulu supaya sentiasa bersih, teratur, selamat dan selesa serta menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang diperlukan;

  • Mempastikan bahawa semua pungutan sampah dibuat dengan cepat, tepat dn memuaskan sebanyak tiga kali seminggu mengikut jadual bagi kawasan perumahan dan pada setiap hari bagi premis-premis komersial;

  • Menyiapkan projek-projek pembangunan yang telah dirancang mengikut jadual dan peruntukan yang telah diluluskan;
  • Mempastikan bahawa notis-notis dan bil-bil cukai taksiran dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Februari bagi separuh tahu pertama dan bulan Ogos bagi separuh tahun kedua. bagi bil-bil cukai tahunan, penghantarannya akan dibuat selewat-lewatnya pada bulan februari setiap tahun.

ke atas

Sila hubungi Webmaster jika ada sebarang pertanyaan dan komen.
Hakcipta BDA©2005