MENGENAI BDA |BINTULU SECARA UMUM|PELANCONGAN|PELABURAN| AKTIVITI | ALAMAT|LAMAN UTAMA |
PROFIL BDA
ORGANISASI
STRATEGI
PIAGAM PELANGGAN

 

STRATEGI


BDA mengamalkan strategi-strategi berikut bagi mencapai tahap pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran:-
   

stra.JPEG (24545 bytes) 

Strategi Perancangan

  • Untuk membangun Bintulu menjadi sebuah bandaraya yang terancang dan mesra melalui persediaan pembangunan kualiti, sosial, ekonomi dan perkhidmatan perbandaran.

Menggalakkan Pembangunan Sosial

  •  Menyediakan kemudahan dan ameniti bagi meningkatkan taraf hidup komuniti
  • Menggalakkan interaksi sosial di kalangan masyarakat melalui perkhidmatan komuniti; dan menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat melalui perkhidmatan majlis perbandaran

Pembangunan Sumber Manusia

Dengan mengambil kira kepentingan prestasi, kemahiran, kerjaama, mobiliti, kreativiti dan taatsetia warga kerja melalui :-

  • menempatkan warga kerja di dalam bidang kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan prestasi mereka;
  • menggalakkan kecekapan warga kerja melalui kursus asas dan lanjutan;
  • merancang dan membina pembangunan kendiri yang berkualiti;
  • menguruskan pelaksanaan dasar maklumat, delegasi, pengurusan melalui objektif, saling menghormati dan semangat kerjasama

Ke Atas

Pengurusan Korporat

Mencapai Pengurusan Kualiti Secara menyeluruh (TQM) melalui :-

  • Penglibatan dari pihak pengurusan, kerjasama dan nilai perpaduan;
  • Penglibatan penuh dan pembinaan budaya organisasi tertentu bagi membolehkan pembangunan perkhidmatan berkualiti
  • Fleksibel dalam menerima perubahan persekitaran;
  • Menggambarkan imej korporat yang adil dan bertanggungjawab;
  • Mempertingkatkan pengurusan kewangan;
  • mempelbagaikan perkhidmatan berkualiti, berkesan, mesra dan efisien
  • Menyediakan perkhidmatan cemerlang berpandukan kepada Keperluan dan standard MS ISO 9001:2000

Ke Atas

Sila hubungi Webmaster jika ada sebarang pertanyaan dan komen.
Hakcipta BDA©2005