| BDA
telah mengenalpasti empat (4) projek utama industri yang berasaskan
sumber-sumber asli yang mempunyai peluang pelaburan yang amat
baik di Bintulu. Ianya terdiri daripada petrokimia, pembalakan,
pertanian dan pelancongan. Bagi industri-industri seperti ini,
Bintulu mempelawa berbagai-bagai projek yang berasaskan sumber-sumber
asli seperti:
|
| GAS
ASLI
Sarawak
dikenalpasti mempunyai simpanan gas yang dianggarkan sebanyak
50 trillion piawaian kaki padu (Tscf) dan 85% daripada simpanan
ini yang kira-kira 42.3 Tscf terletak di luar pantai Bintulu.
Bakinya adalah terletak di luar pantai Miri. Dari keseluruhan
simpanan gas ini, 35 Tscf telah digunakan untuk Loji Asean Bitulu
Fertilizer (ABF), SESCO,
Gas Cecair Asli Malaysia (MLNG), Shell Middle Distillate Synthesis
(SMDS) dan Loji Formaldehyde Resin.
PETRONAS,
merupakan Syarikat Petroleum Malaysia, bertanggungjawab terhadap
aktiviti-aktiviti petrokimia dan gas, bersama-sama dengan kontraktor-kontraktor
yang mempunyai usahasama dengannya bergiat cergas dalam hal-hal
mencarigali gas di dalam wilayah yang dinyatakan dan menjangkankan
akan menemui banyak lagi simpanan gas di kawasan tersebut. Keseluruhan
simpanan gas adalah melebihi paras yang diperlukan untuk projek-projek
gas seperti yang telah dinyatakan dan yang selebihnya mungkin
boleh digunakan untuk membangunkan industri-industri petrokimia.
Diantara industri-industri petrokimia yang digalakkan di Bintulu
adalah seperti : polypropylene, caprolactam, ammonia, compound
fertilizer, methyl tertiary butyl ether (MTBE) dan lain-lain
projek yang berkaitan.
Ke
Atas
|
| MINYAK
MENTAH
Sarawak
mempunyai simpanan minyak kira-kira 0.8 bilion tong yang mana
0.35 bilion adalah terletak di luar pantai Bintulu. Kawasan simpanan
ini yang kebanyakannya terletak dalam lingkungan kawasan pengeluaran
adalah terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari pantai Bintulu.
Dalam
tahun 1999, sejumlah 254 juta tong minyak mentah telah diekspot
dari Bintulu yang mana 20% dari jumlah tersebut merupakan ekspot
minyak mentah Sarawak. Dengan terdapatnya minyak mentah di perairan
Bintulu, maka Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT) telah
ditubuhkan (sekarang dikenali sebagai Sarawak Shell Bintulu
Plant yang dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad (SSB)
yang terletak di Tanjung Kidurong. Melalui kemudahan yang
ada, memproses gas untuk dikomersialkan kepada industri-industri
lain mungkin akan diwujudkan di Bintulu sebagai rancangan masa
depan BCOT. Dengan adanya bekalan minyak mentah dan kemudahan
frasarana pelabuhan yang sedia ada, adalah pemankin kepada penubuhan
industri-industri yang berasaskan minyak di Bintulu.
Ke
Atas
|
| PEMBALAKAN
TROPIKA
Dianggarkan
12.5 juta hektar muka bumi Sarawak diseliputi oleh hutan. Daripada
jumlah tersebut, 3.4 juta hektar atau 27.2% adalah di Bintulu.
Sebelum
ini, kebanyakan kayu balak diekspot dan hanya sedikit sahaja diproses
di dalam negeri. Walau bagaimanapun, dengan penurunan jumlah ekspot
kayu balak melalui kuota oleh kerajaan, maka jumlah pelaburan
dalam industri memproses kayu telah dapat ditingkatkan di Bintulu.
Dengan adanya bekalan kayu balak yang banyak dan mencukupi maka
ini merupakan satu peluang yang baik bagi membina dan mewujudkan
sebuah kilang yang besar dan moden bagi memproses kayu balak di
Bintulu.
Ke
Atas
|
| TANAH UNTUK PERTANIAN
Tidak
kurang dari 500,000 hektar telah pun dikenalpasti untuk tujuan
pertanian terutama di bahagian utara Sarawak termasuk Bahagian
Bintulu yang mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pembangunan
pertanian secara besar-besaran.
Dianggarkan
57,740 hektar kini telah ditanam dengan kelapa sawit, 2,000 hektar
ditanam dengan rotan dan 815 hektar ditanam dengan lada. Walau
bagaimanapun lebih dari 100,000 hektar tanah telah diperuntukkan
untuk pertanian dan masih lagi ada peluang untuk para pelabur
yang berpotensi dengan jumlah kawasan pertanian yang masih besar
yang belum diterokai.
Untuk
Keterangan lanjut sila lawati laman web Jabatan
Pertanian
Ke
Atas
|
|
ARANG
BATU
Satu
lagi penggerak ekonomi yang telah ditemui di kebanyakan kawasan
di Bintulu. Setiap kawasan tersebut mempunyai simpanan yang dianggarkan
kira-kira 750,000 hingga 12 juta tan. Kawasan-kawasan yang paling
banyak ialah
di Segan, Kampung Jepak, Sungai Kalabat dan Sungai sera dengan
jumlah simpanan sebanyak 20 juta tan.
Arang
batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap kualiti yang tidak
berubah-berubah .
Ianya mudah meruap dengan hanya sedikit
habuk dikeluarkan serta mengandungi kandungan sulfur yang tinggi.
Kebanyakan arang batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap
pembakarab yang baik dan boleh digunakan sebagai campuran sebatian
untuk pembakaran bagi peleburan besi.
Simpanan
arang batu yang ada di Merit-Pila, tidak berapa jauh dari Bintulu,
menegandungi 375 juta tan arang batu lignite.
Ke
Atas
|
|