Galeri Bintulu – The Bintulu Journey
Untuk merakam dan memperingati ulang tahun ke –30 BDA, sebuah galeri multi-media yang memaparkan perjalanan 30 tahun transformasi Bintulu dari kampung nelayan ke Bnadar perindustrin, telah dimuatkan dalam enam bulatan atau “dunia berasingan”. Terletak di Lobi, Wisma Bintulu, bulatan tersebut adalah selari dengan bentuk terendak Wisma Bintulu –sebuah bangunan unik yang tersergam indah, putih melepak, bak UFO mendarat di bukit Tq. Batu. Pemandangan ini amat jelas sekalijika dilihat dari udara atau bila pesawat mendarat dari arah laut atau berlepas di Lapangan Terbang Bintulu.

Bulatan Pertama memaparkan suasana kampung di mana sejarah moden Bintulu- Where it all began with a mere riverine settlement…transformed into a thriving industrial city in a mere three decades. Sebaik saja pelawat menjejak kaki di ruang ini, akan diberi ucapan “Selamat Datang” secara elektronik.

Bulatan kedua memaparkan perbatuan perjalanan dari 1978-2008 – BDA Milestones Events. Perubahan utama Bintulu dirakamkan dari setahun ke setahun. Di sini juga, dimuatkan Tayangan video Korporat BDA.

Bulatan ketiga menunjukkan sumber alam yang mencetuskan perubahan –Catalyst of Development—seperti kayu balak, gas asli dan perladangan. Oleh kerana sumber-sumber tersebut, Bintulu telah dapat dimajukan secara pesat sekali.

Bulatan Keempat menceritakan Bintulu sebagai bandaraya yang mesra atau People Friendly City. Ecological Wonders dibuktikan dengan keindahan Taman Negara Similajau dan pantai Tanjung Batu termasuk semua taman-taman yang diwujudkan dan tarikan pelancongan di sekitar Bintulu.


Bulatan kelima memaparkan infrastruktur modern yang terdapat di Bintulu khasnya pelabuhan air dalam, jalan raya, lapangan terbang, dan lain-lain. Dengan infrastruktur bertaraf tinggi, Bintulu boleh dimajukan lagi.

Bulatan keenam dan terakhir membayangkan masa depan yang cerah bagi Bintulu dan sekitarnya –The Way Forward. Yang utamanya ialah pelan induk nasional membangunkan negara melalui pembangunan koridor. Di Sarawak, SCORE menjadi pelan induk nasional membangunkan negara melalui pembangunan koridor. Di Sarawak, SCORE menjadi pelan induk tersebut yang meramalkan apa yang berlaku dalam ekonomi Sarawak sehingga tahun 2030.


Back