RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT FASA 4 YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO' SRI MOHAMAD NAJIB TUN HJ. ABDUL RAZAK PADA 16 MEI 2006 (SELASA)

RINGKASAN PROJEK RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT BDA

Lembaga kemajuan Bintulu, BDA mula menumpukan usahanya untuk membina rumah-rumah kos rendah di Bintulu sejak pertengahan tahun 1980. Skim rumah kos rendah ini lebih dikenali sebagai Rancangan Perumahan Rakyat)RPR).

Setakat ini terdapat dua(2) buah skim tersebut dilaksanakan iaitu RPR Kidurong dan RPR Sibiu.

RPR Sibiu

Di bawah skim RPR Sibiu, sebanyak 161 unit rumah teres iaitu 71 unit teres dua tingkat dan 90 unit teres satu tingkat telah siap dibina pada tahun 1990. Projek ini telah menelan belanja berjumlah RM 10.8 juta dan dijual dengan harga RM47,000.00 untuk stu tingkat dan RM52,000.00 untuk dua tingkat.

top

RPR Kidurong

RPR Kidurong Fasa 1

  • siap dibina pada tahun 1985, merupakan projek yang pertama dibina oleh BDA
  • kos pembangunan projek ialah RM 21.5 juta
  • Ia mengandungi 508 unit rumah teres iaitu 346 unit satu tingkat dan 162 unit dua tingkat
  • selain rumah, kawasan perumahan ini juga disediakan dengan 10 unit rumah kedai, sebuah tadika, surau, balairaya dan padang permainan.

RPR Kidurong Fasa II

  • dibina dalam dua peringkat, iaitu Peringkat I dan II
  • Peringkat I siap penghujung 1995 sementara Peringkat II pula siap sepenuhnya pada Januari 1997
  • mengandungi 459 unit rumah yang terdiri daripada 263 unit teres satu tingkat dan 196 teres dua tingkat
  • Kos pembangunannya Rm 29 juta

top

RPR Kidurong Fasa III

  • mempunyai 330 unit rumah iaitu 149 teres satu tingkat dan 181 unit teres dua tingkat
  • kos pembangunan bernilai RM22.12 juta yang mana RM19.5 juta merupakan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan

RPR Kidurong Fasa IV

Gambar lawatan Timbalan Perdana Menteri semasa perasmian RPR Fasa 4 pada 16 Mei 2006 lepas.

  • projek ini bermula pada bulan April 2003 dan siap sepenuhnya pada Januari 2006
  • mempunyai 361 unit rumah, iaitu 96 unit teres satu tingkat dan 265 teres dua tingkat.
  • kos pembangunannya ialah RM28 juta dan dibiayai oleh BDA sendiri
  • kesemua unit rumah telah diperuntukkan kepada pemohon yang berjaya dipilih.
top

Back