Berita

Penguang:Jangan melekat iklan di papan tanda jalan
Tarikh : 09 Jul 2017  Sumber Berita: The Borneo Post
 


SIBU: Melekat iklan di papan tanda jalan boleh menjejaskan keselamatan awam, kata Penolong Menteri Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

"Ia bukan civic minded untuk melakukan itu. Majlis tempatan akan membuang iklan tersebut atau memanggil mereka yang berkenaan untuk menurunkan iklan tersebut, "katanya.

Tambahnya lagi, Penguang melihat bahawa sesetengah majlis tempatan meletakkan notis di kedai kopi mengingatkan bahawa semua penjualan loteri yang tidak sah tidak dibenarkan di premis itu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai artikel The Borneo Post, yang menyatakan bahawa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menguatkuasakan larangan penjualan loteri empat angka (4D) di 400 premis makanan di kawasan di bawah bidang kuasanya termasuk Tatau dan Sebauh .

Penolong Pengurus Besar BDA (Perkhidmatan environmen), Wan Ibrahim Wan Ali berkata larangan segera akan menjadi syarat tambahan bagi semua pengendali makanan di dalam bidang kuasa.


"Mengenai penguatkuasaan, jualan loteri tidak sah adalah di bawah bidang kuasa polis manakala premis itu terletak di bawah majlis," kata Penguang.

Font Size AAA