Berita

BDA mengambil tindakan segera ke atas aduan jalan kotor
Tarikh : 21 Feb 2017  Sumber Berita: The Borneo Post
 


BINTULU: Pasukan Penguatkuasa Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA)  telah memberi respon segera kepada aduan awam dengan memeriksa kerja-kerja kontraktor yang telah meninggalkan trek berlumpur, kotoran dan debu di jalan utama berhampiran tapak pembinaan pada hari Sabtu lepas.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap pemaju dan kontraktor projek berhampiran Gereja Eng Kwang di Tanjung Batu yang  mengotorkan jalan raya.

"Masalah ini tidak akan selesai jika tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata Tiong yang telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu itu.

Pengurus Besar BDA, Puan Rodziah Morshidi berkata, notis telah dikeluarkan kepada kontraktor yang telah diserahkan kepada penyelia projek di sekitar 13:15 tengahari pada hari Sabtu.

Pasukan Penguatkuasaan BDA juga menasihatkan kontraktor untuk lebih peka dan memberi tumpuan kepada keadaan kenderaan berat sebelum meninggalkan tapak projek.

Beliau berkata, kontraktor perlu menyuruh pekerja mereka untuk mencuci tayar kenderaan dan juga membersihkan jalan yang terjejas. Tindakan penguatkuasaan seperti menyita kenderaan dan menutup jalan masuk projek itu akan diambil terhadap kontraktor jika arahan tidak dipatuhi.

Font Size AAA