Projek-Projek Semasa

Projek-projek gergasi berikut telah pun ditempatkan di Bintulu:

 LOJI GAS ASLI CECAIR MALAYSIA (MLNG)  

Malaysia merupakan pengekspot gas asli cecair (LNG) ketiga terbesar di dunia. PETRONAS, adalah badan induk syarikat petrolium nasional Malaysia, memiliki kepentingan terbesar dalam tiga projek LNG di Bintulu, Sarawak. Keperluan gas asli loji LNG ini didapati dari telaga gas di Luconia Tengah yang terletak di antara 125km dan 275km di luar pantai Bintulu, Sarawak. Merangkumi kawasan seluar 223 hektar, kompleks LNG ini terletak di utara Tanjung Kidurong, lebih kurang 20km dari bandar Bintulu.

Malaysia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) telah ditubuhkan pada 4 Jun 1978 untuk membina dan mengendalikan operasi loji LNG yang pertama. Aktiviti utama loji MLNG ini ialah untuk membeli gas asli daripada pembekalnya - Petronas, Petronas Carigali dan Sarawak Shell - memproses gas asli tersebut kepada bentuk LNG, mencari pembeli untuk MLNG, MLNG Dua dan MLNG Tiga.

Projek MLNG ini bukan sahaja telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar LNG di dunia tetapi juga telah menyumbangkan kepada kemajuan dan perkembangan industri di Sarawak.

Picture

Loji MLNG di malam hari

Ke Atas

LOJI AMONIA DAN BAJA UREA ASEAN (ABF)  

Loji ini dikendalikan oleh Asean Bintulu Fertilizer Sdn. Bhd. (ABF) yang ditubuhkan pada 6 Disember 1980.Syarikat ini merupakan usahasama di antara lima (5) buah negara Asean dengan perkongsian, iaitu Malaysia (63.5%), Thailand (13%), Indonesia (13%), Filipina (9.5%) dan Singapura (1%).  

Dibina dengan kos berjumlah RM700 juta, ABF merupakan salah satu daripada pengeluar urea terbesar di Asia telah memulakan operasi komersialnya pada 1 Oktober 1985.

 Picture

Loji ABF

Ke Atas

LOJI SHELL MIDDLE DISTILLATE SYNTHESIS (SMDS)   

Ditubuhkan dalam tahun 1986, Shell MDS (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah syarikat usahasama di antara Shell Gas, Petronas, Mitshubishi Corporation dan Kerajaan Negeri Sarawak. Loji SMDS ini merupakan projek komersial pertama di dunia yang memproses gas asli menjadi cecair (distillates) yang bermutu tinggi di Bintulu, Sarawak.

Loji ini memproses gas asli menjadi minyak sintetik yang bermutu tinggi dan bahan kimia istimewa yang paraffinic dan tanpa warna. Menggunakan 100 juta standard cubic feet (scf) gas asli sehari, diproses menjadi 470,000 tan setahun bahan sintetik pertengahan (minyak gas, minyak kerosene dan naphtha) dan juga menghasilkan produk bermutu seperti detergent feedstocks, solvent feedstocks dan pelbagai gred pelekat (wax). Loji SMDS ini telah memulakan operasinya pada bulan Mei 1993 dan hasil keluarannya telah dipasarkan di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 086-252211 / 292405. Email: shellmds@tm.net.my

 Picture

Loji SMDS

Ke Atas

LOJI SARAWAK SHELL BINTULU (SSB) 

Loji Sarawak Shell Bintulu sebelum ini dikenali sebagai Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT) merupakan projek utama yang pertama dibina di Tg. Kidurong pada tahun 1979.

Projek ini merangkumi tiga jenis tangki penyimpanan minyak mentah yang setiap satunya dengan kapasiti 410,000 tong. Terletak di barat persempadanan dengan MLNG, loji ini mengandungi 3 kawasan operasi yang terdiri daripada:

  1. Terminal minyak mentah (BCOT)
  2. Condensate Stabilisation (BSTAB)
  3. Kemudahan Penjualan Gas (BAGSF)

Pengeluaran minyak mentah harian ialah 60,000 tong. Pengeluaran Condensate harian adalah lebih kurang 80,000 tong. Penjualan gas dilakukan kepada pembeli seperti SMDS, ABF, SESCO dan Petronas Gas Berhad adalah lebih kurang 190 MMSCF sehari. Minyak mentah dari loji ini adalah dijual untuk pasaran tempatan dan diekspot.

 Picture

Terminal Minyak Mentah, Bintulu

Ke Atas


KILANG DAIKEN SARAWAK SDN BHD - MEDIUM DENSITY FIBREBOARD (MDF)
 

Daiken Sarawak Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 15 Februari 1994 sebagai sebuah syarikat usahasama di antara kerajaan Malaysia dan Jepun. Pembinaan kilang ini adalah sejajar dengan polisi Kerajaan Negeri Sarawak yang menitikberatkan penjagaan alam sekitar sejagat dengan menggunakan kaedah yang terbaik untuk mengurangkan kemerosotan sumber-sumber kayu balak yang mendadak. 

Daiken Sarawak Sdn Bhd
(PS/289716-D)

No. 2069, Jalan Tanjung Kidurong,
Kidurong Light Industrial Estate,
97300 Bintulu,
Sarawak.

Telephone : 6 086 251000 Fax : 6 086 252803

Website - None provided / tiada
Email - none provided / tiada


Ke Atas

BINTULU CEMENT PLANT - CLINKER GRINDING PLANT 

Kilang Simen Bintulu adalah merupakan kilang simen yang kedua di Sarawak yang telah dibina oleh CMS Cement. Kilang yang pertama terletak di Pending, Kuching. 

Pembinaan kilang ini amatlah penting sejajar dengan pertumbuhan industri yang pesat di Sarawak.

Picture

Kilang simen Bintulu ini terletak di kawasan perindustrian Kidurong telah dibina dengan kos berjumlah RM137 juta. Kilang ini yang dikendalikan oleh 40 orang pekerja mahir semasa pembukaannya boleh mengeluarkan Orndinary Portland Cement dan Portland Blast Furnance. Dengan kapasiti pengeluaran tahunan berjumlah 750,000 MT, kilang ini memastikan yang keperluan simen mencukupi untuk kawasan di utara Sarawak untuk jangka masa 10 tahun akan datang.

Ke Atas

PELABUHAN LAUT DALAM BINTULU 

Picture 

Pelabuhan Laut Dalam Bintulu ini telah memulakan operasinya pada 1 Januari 1983. Pelabuhan ini merupakan pelabuhan laut dalam yang pertama di Sarawak dan merupakan salah sebuah pelabuhan di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Vessel Traffic Management System (VTMS) dan Vessel Traffic Surveillance System (VTS). Jenis-jenis kargo yang dikendalikan oleh Pelabuhan Bintulu telah bertambah dengan mendadak sejajar dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi dan industri di kawasan pedalaman Bintulu. Dari hanya mengendalikan penghantaran LNG untuk dikomersialkan, Pelabuhan Bintulu kini telah memenuhi keperluan berbagai-bagai jenis kargo dari jenis kargo am, liquid bulk, dry bulk hingga ke jenis kontena. Dalam tahun 2000, Pelabuhan Bintulu telah mengendalikan 24.89 juta tan kargo. Bagi kargo jenis kontena, Pelabuhan Bintulu juga mencatat punggahan sebanyak 47,609 TEUs. Dalam tahun tersebut juga, Pelabuhan Bintulu telah mencatat 4,047 singgahan kapal bagi tujuan pemunggahan.

Ke Atas

PALM OIL BULKING INSTALLATION 

Projek ini dikendalikan oleh Bintulu Edible Oils Sdn. Bhd. Mempunyai 28 buah tangki dengan kapasiti berjumlah 40,250 tan. Kapasiti ini boleh ditingkatkan memandangkan banyak lagi ladang-ladang dibuka di kawasan pedalaman Bintulu. Bulking Installation ini disambungkan oleh saluran paip  dengan terminal kargo am di Pelabuhan Laut Dalam Bintulu.

LOJI PALM OIL REFINERY & FRACTIONATION 

Bintulu Edible Oils Sdn. Bhd. adalah satu-satunya projek seumpamanya yang pertama terdapat di Sarawak, telah dibina pada bulan Jun 1991 yang menelan belanja sebanyak RM18 juta. Dalam bulan Disember 2000, penyusunan semula struktur pengurusan dengan menggabungkan operasi kilang penapisan membentuk struktur ekuiti baru iaitu PGEO Group Sdn. Bhd. (86%) dan Austral Enterprise Berhad (14%).

Kilang penapisan (Refinery) mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1,800 mt/hari sementara fraction plant berupaya mengeluarkan 1250 mt/hari. Kilang ini terletak di kawasan perindustrian Kidurong dan telah memulakan operasinya dalam bulan Julai 1992.

Ke Atas 
LOJI JANAKUASA SESCO 

http://www.sarawakenergy.com.my

 

Picture
Ke Atas 

GLUE/ADHESIVE FACTORY 

Kilang ini dibina dengan kos sebanyak RM17 juta, dimiliki dan dikendalikan oleh Bintulu Adhesive & Chemical Sdn. Bhd.

Kilang ini mengeluarkan urea formaldehyde resin, phenol formaldehyde resin dan low formaldehyde emission yang digunakan dalam pengeluaran papan lapis dan chipboard. Urea precondensate juga dikeluarkan untuk loji Asean Bintulu Fertilizer (ABF). 

Pembinaan kilang ini telah terbukti menyumbangkan kapada perkembangan yang pesat kepada loji ABF dan juga kilang-kilang yang berasaskan perkayuan di Estet Perindustrian Kemena (KIE).

Ke Atas


PERLADANGAN DAN PROJEK-PROJEK ASAS TANI
 

Dengan pembukaan tanah-tanah di sepanjang Jalan Bintulu-Miri pada pertengahan tahun 1970an, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak dan Commonwealth Development Corporation telah membuka ladang-ladang secara besar-besaran di kawasan pedalaman Bintulu dimana lebih 20,000 hektar ladang kelapa sawit dan 1,000 hektar ladang koko telah dibangunkan.  

Seterusnya, ini diikuti dengan pembukaan 9,900 hektar ladang kelapa sawit oleh Saremas Sdn. Bhd. dan 4,000 hektar lagi ladang kelapa sawit dibuka oleh Bintulu Lumber Sdn Bhd pada akhir tahun 1980an. Ladang-ladang kelapa sawit yang lain termasuklah Sarawak Pulp Industries Sdn. Bhd. dengan keluasan 7,300 hektar dan Imbok Enterprise Sdn. Bhd. mempunyai keluasan 11,400 hektar. Kerasa Sdn. Bhd. telah diperuntukkan kawasan seluas 2,000 hektar untuk penanaman rotan.

Sehingga kini, lebih kurang 57,740 hektar telah dibangunkan untuk ladang kelapa sawit, 2,000 hektar untuk penanaman rotan dan 815 hektar untuk penanaman lada di kawasan pedalaman Bintulu.

Ke Atas

Font Size AAA