EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 28 04 2017
Versi 8.0.1
Populasi Penduduk & Tenaga KerjaPopulasi Penduduk & Tenaga Kerja

Picture


POPULASI

Purata penduduk di Sarawak dalam tahun 2000 ialah 2.013 juta orang. Pada tahun yang sama, purata penduduk di Bahagian Bintulu telah mencapai 116,134 orang dimana di daerah Bintulu sahaja berjumlah 138,269 orang dan daerah Tatau berjumlah 22,865 orang. Berdasarkan bancian negara dalam tahun 1999, menunjukkan seramai 142,400 orang penduduk adalah di bahagian Bintulu. Peningkatan penduduk yang amat ketara di bahagian Bintulu ini adalah berpunca dari penemuan simpanan gas dan sumber-sumber lain dimana ianya telah menjuruskan pembangunan perindustrian yang diluar jangkaan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Perangkaan Malaysia

TENAGA KERJA

Di Sarawak, pergerakan pekerja adalah bebas dari satu daerah ke satu daerah yang lain, dan perlu diambil perhatian, bahawa sekiranya terdapat keperluan, para pekerja mudah dibawa ke daerah Bintulu dari daerah yang lain. Tinjauan telah menunjukkan separuh daripada penduduk Bintulu adalah pendatang dimana mereka ini berhijrah ke Bintulu untuk keperluan ekonomi dan sebab-sebab yang berkaitan terutama semasa bermulanya ledakan ekonomi di Bintulu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Tenaga Manusia.