Pembangunan Pusat Pakar Perubatan


 
Industri pelancongan di Bintulu pada saat ini yang cenderung ke arah mempromosikan budaya tempatan dan alam semulajadi, dijangka mendapat galakan melalui pembentukan beberapa Pusat Pakar. Hingga kini, Bintulumempunyai hospital umum, yang juga merupakan pertama di Malaysia yang memiliki Burns Specialist Unit. Selain itu, operasi hospital pakar Columbia Asia dan Bintulu Medical Centre akan mempromosikan tarikan baru - pelancongan kesihatan.
Dengan adanya dua(2) hospital pakar di Bintulu, ianya merupakan suatu petanda baik bagi tujuan promosi ini. Bintulu akan menjadi tumpuan bagi mereka di sekitar Borneo atau kawasan Asia Tenggara untuk mencari rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, yang juga akan menguntungkan masyarakat setempat.

 

Font Size AAA