News

BDA turut mengadakan majlis tahlil untuk Ariza Ghazalee dan keluarga
Posted on : 25 Aug 2014  Source of News: Utusan Borneo
 

(Only available in Malay version)

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BINDA dan Badan Harakah Islamiah (BAHARIS) BDA semalam menganjurkan Bacaan Surah Yasin dan Tahlil untuk allahyarham Ariza Ghazalee, 46, termasuk suaminya, Tambi Jiee dan empat anaknya Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, serta mangsa lain yang terkorban dalam tragedi MH17.

Ariza merupakan bekas Pengurus Pelan Kejuruteraan dan Bangunan BDA. Majlis itu diadakan di Auditorium BDA Wisma Bintulu dan turut diadakan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di pekarangan Wisma Bintulu.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil itu diketuai Penolong Imam Masjid As-Syakirin Bintulu, Khalidi Idris dan turut dihadiri Pengurus Besar BDA Datu Mohidin Ishak, Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PERBINDA) merangkap Presiden KSR BINDA Wan Ibrahim Wan Ali, Pengerusi BAHARIS BDA, Abdul Wahab Hasshim Bujang dan Setiausaha BDA Siti Aishah Othman.

Turut diadakan ialah menandatangani kain rentang tanda simpati dan takziah terhadap mangsa tragedi berkenaan.

Pelbagai juadah raya di-sediakan sempena Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri selepas bacaan surah Yasin dan tahlil berakhir.


Font Size AAA