News

Project Park ‘tayang’ juara
Posted on : 18 Feb 2015  Source of News: Utusan Borneo
 


Pengurus Besar BDA, Datu Mohidin bersalaman dengan para peserta

(Only available in Malay news)
BINTULU: Juara tahun lalu, Project Park melakarkan kemenangan pertama 1-0 ke atas KSR BINDA pada perlawanan pembukaan Liga Petronas Bintulu Edisi Ke-21 (Divisyen 1) di Stadium Mini Bintulu lewat petang kelmarin.

Gol Project Park dijaringkan Samsu Alam Abdul Samad yang berjaya melepasi pertahanan lawan merembat kencang pada minit ke-31 pada babak pertama.

Kedua-dua pasukan saling memburu gol menyaksikan beberapa peluang terhidang namun tidak menepati sentuhan penyudah termasuk dalam babak kedua sehinggalah tamat masa penuh.

Liga Petronas bakal memilih skuad juara dan naib juara mewakili Bintulu pada Liga Juara-Juara penghujung tahun ini.

Sebanyak 10 pasukan bersaing pada liga itu terdiri Project Park, KSR BINDA, Legend A United, ABF, UPM, IPD Bintulu, MLNG A, BPJ FC, Twister dan GS Petronas.

Setiap perlawanan diadakan pada Sabtu dan Ahad, jam 4.30 petang di Padang Stadium Mini Bintulu dan Padang B (Tiruan).

Perasmian sepak mula kejohanan disempurnakan Pengurus Besar Jabatan Penghantaran Projek MLNG, Hudal Firdaus Dimyati yang mewakili Petronas.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohidin Ishak, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) merangkap naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Duke Janteng, Timbalan Presiden BiFA Awang Jahmari Awang Junaidi, Pengurus Jabatan Hal Ehwal Awam MLNG Norazibah Md Rabu, pengerusi pertandingan, Arni Mentali serta wakil pengurusan ABF.

Duke berkata, tahun ini memasuki 21 tahun penajaan Petronas untuk Liga Petronas Bintulu di bawah kendalian BiFA yang mana banyak melahirkan pemain-pemain berbakat sejak 21 tahun lalu dan berterima kasih kepada Petronas.

“Penganjuran liga kali ini memilih dua pasukan yang layak mewakili Bintulu ke Liga Juara-Juara Sarawak pada penghujung tahun ini melibatkan 10 pasukan di bahagian ini.

“Liga ini akan berlangsung selama empat bulan dan berakhir pada 23 Mei depan,” katanya.

Font Size AAA