Berita

BDA serah RM500,000 zakat perniagaan 2018 kepada Baitulmal Sarawak
Tarikh : 30 May 2019  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 


TUNAI TANGGUNGJAWAB: Rodziah (empat kiri) menyerahkan zakat perniagaan kepada Misnu sambil disaksikan Abang Johari (tengah) dan Abang Mohd Shibli (dua kanan), Haidar (tiga kiri) dan yang lain.

KUCHING: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM500,000 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Baitulmal Sarawak.

Majlis ringkas penyerahan telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa, semalam.

BDA diwakili Pengurus Besarnya, Rodziah Morshidi dan ditemani Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah BDA Haidar Khan Asghar Khan serta beberapa pegawai atasan BDA yang lain.

Manakala, Baitulmal Sarawak diwakili Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie serta pegawai kanan Baitulmal Sarawak.

 

Font Size AAA