-
Untuk menggalakkan, merangsang, memudah dan menjanakan pembangunan ekonomi dan sosial
- Untuk menggalak dan menyelaras selanjutnya pembangunan industri dan pembangunan tertiari
- Untuk menggalak, membangun dan menguruskan tempat kediaman dan estet perindustrian
- Untuk menggalak, membantu dan membangunkan perniagaan
- Untuk menggalak dan meningkatkan produktiviti industri dan memastikan penggunaan sepenuhnya sumber asli
- Untuk menyedia kemudahan dan ameniti bagi kemajuan dan kepentingan sosial dan fizikal mereka yang bekerja dan menetap di kawasan persempadanan BDA
- Untuk membuat rekomendasi kepada Premier Sarawak tentang perkara-perkara dan langkah-langkah yang ia fikir berfaedah demi meningkat perdagangan dan pembangunan; dan
- Untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain seperti yang diarah oleh Premier Sarawak dari masa ke semasa