News

BDA's Innovation & Integrity Day
Posted on : 26 Nov 2020  Source of News: BDA
 

(Hanya dalam versi Melayu sahaja).

26th November - Seksyen Khidmat Pengurusan Inovasi, Bahagian Pengurusan Maklumat & Transformasi, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah mengadakan Hari Inovasi & Integriti BDA bagi Tahun 2020 dalam suasana norma baharu dengan objektif untuk memperkasakan budaya inovasi dan integriti dalam kalangan warga kerja BDA. Selain itu, memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada warga kerja BDA yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan dan memberi impak kepada perkembangan dan kemajuan organisasi.

Majlis yang disambut secara tahunan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhamad Yakup Bin Kari, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu. Majlis yang berlangsung di Auditorium, Wisma Bintulu ini, mendukung tema “Merealisasi Transformasi, Memperkasa Inovasi & Kualiti, Menjulang Integriti”. Tema ini melambangkan komitmen BDA untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam berasaskan inovasi dan berintegriti.

Yang Berbahagia Tuan Haji Muhamad Yakup Bin Kari, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu telah menyampaikan hadiah Anugerah Inovasi yang dipertandingkan seperti Cadangan Inovasi Terbaik, Anugerah Kejayaan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2020 dan Hadiah pemenang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Majlis ini juga diserikan lagi dengan ceramah integriti yang disampaikan oleh Penolong Penguasa, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu, En. Jawa Anak Milu. Selain itu, persembahan KIK jemputan oleh 2 kumpulan KIK daripada Jabatan Tanah dan Survei Bintulu, iaitu Kumpulan InnoTech Q9 dan Kumpulan Innovative Q9 (kumpulan Hybrid antara Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) & Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bintulu).

Sambutan Hari Inovasi dan Integriti ini diharap mampu memberi dorongan kepada warga kerja BDA agar tidak jemu untuk terus berinovasi serta mengamalkan budaya integriti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam dan organisasi.

Font Size AAA