Polls
Announcements

News

Majlis Hari perkhidmatan Awam(HPA) 2024
Posted on : 07 Feb 2024  Source of News: UKAS Buletin
 

 (only in Malay Version)

JABATAN HUTAN SARAWAK RANGKUL ANUGERAH EMAS PREMIER SARAWAK

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak merangkul Anugerah Emas Premier Sarawak pada Majlis Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2024 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Bagi Anugerah Perak Premier Sarawak dimenangi oleh Politeknik Kuching Sarawak dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak(STIDC) memenangi Anugerah Gangsa Premier Sarawak dan wang tunai berjumlah RM30,000.

Penyampaian Anugerah Premier Sarawak bagi Hari Perkhidmatan Awam Sarawak(HPA) 2024 turut disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada majlis diadakan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Selain itu, ia turut menyaksikan Penganugerahan Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak(AKPANS) bagi kategori Agensi Utama Sarawak Anugerah Emas Setiausaha Kerajaan Sarawak dirangkul oleh Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak untuk menerima wang tunai RM30,000.

Perak pula dimenangi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (RM25,000) manakala Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak memenangi Anugerah Gangsa (RM20,000).

Bagi Anugerah Emas Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak dimenangi oleh Yayasan Sarawak (RM20,000), Lembaga Kemajuan Bintulu memenangi Perak (RM15,000) dan Pustaka Negeri Sarawak merangkul Gangsa (RM10,000).


Kategori Agensi Pentadbiran Sarawak dimenangi oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak (Emas) bagi membawa pulang RM20,000, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (Perak) untuk menerima RM15,000 dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Gangsa) untuk menerima RM10,000.

Dalam pada itu, anugerah kategori Pejabat Residen dan Daerah dirangkul oleh Pejabat Residen Sibu (Emas) sekaligus menerima RM20,000, Pejabat Residen Limbang (Perak – RM15,000) dan Pejabat Residen Sarikei (Gangsa – RM10,000).

Anugerah lain adalah Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dirangkul oleh Majlis Daerah Sarikei (Emas), Majlis Perbandaran Padawan (Perak) dan Majlis Daerah Lundu (Gangsa).

Selain itu, Premier Sarawak turut menyampaikan Anugerah MS ISO 9001: 2015 : Pentadbiran Bahagian Sarawak melibatkan 58 agensi di bawah satu pengsijilan yang sama di bawah agensi utama Unit Tranformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Sarawak.

Pegawai Contoh Kumpulan Pelaksana II Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan tahun 2023 pula disandang Ibrahim Sibi dari Pejabat Polis Daerah Sri Aman dan kategori Perkhidmatan Awam Negeri dimenangi Aminah Morshidi daripada STIDC dan Pegawai Contoh Kumpulan Pelaksana I (Persekutuan) pula milik Zamri Dollah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Bagi kategori Perkhidmatan Awam Negeri, Foo Ting Ching daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dinobatkan johan manakala Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Persekutuan dirangkul Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini sambil Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng merangkul anugerah kategori Perkhidmatan Awam Negeri.

Manakala Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan Tertinggi bagi Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan dirangkul oleh Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), Jabatan Imegresen Malaysia Datu Ken Leben manakala Penasihat Undang-Undang di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid merangkul anugerah Kategori Perkhidmatan Awam Negeri.- EDISI UKAS

 

Font Size AAA