PEMUNGUTAN SAMPAH DOMESTIK
Pungutan sampah dilakukan 2 kali seminggu di premis kediaman dan setiap hari di kawasan-kawasan komersial. Pungutan sampah adalah sisa domestik biasa tidak termasuk taman atau sisa komersial. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Hotline di 086-332277 dan 086 337700 atau Scavenging Unit di talian 086-332662 (samb.. 318).
PENYELENGGARAAN PARIT
Penyelenggaraan Parit di Bintulu diselenggarakan oleh kontraktor BDA. Untuk membaiki parit, parit tersumbat atau pengeluaran kelodak, sila hubungi talian Hotline di 086-332277.
PERPUSTAKAAN AWAM
Perpustakaan Awam BDA, Kidurong, Tatau and Sebauh dibawah pentadbiran dan kawalan BDA. Perpustakaan Bintulu yang baru dan moden, menyediakan kemudahan yang terkini dan perkhidmatan e-services (http://www.librarynet.com.my). Buat masa kini ada kira-kira 100,000 koleksi buku. Di samping ianya dibuka untuk orang awam, perpustakaan bintulu menawarkan keahlian, perkhidmatan internet, dan aktiviti kanak-kanak. Ianya dibuka dari jam 9:00 pagi sampai 8:00 malam setiap hari kecuali hari Ahad dimana ianya dibuka sampai jam 12:30 tengahari dan tutup pada hari cuti umum. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 086-331812 atau 332537. Fax 086-339826. e-mail : bdalib@bda.gov.my
PENYELENGGARAAN JALAN
Merangkumi kerja-kerja penampalan, penurapan dan membuat lining jalan. Hubungi talian Hotline atau Seksyen Penyelenggaraan Jalan di talian 086-332662.
Khidmat-khidmat lain :
- Pemotongan rumput
- Pengasapan / Fogging
- Penyelenggaraan dan Pengindahan Landskap dan lain-lain.
- Anjing Liar
- Pengosongan / Desludging
- penyelanggaraan jalan raya dan parit
- Memproses permohonan untuk kelulusan pelan bangunan rumah kampung
- Pemprosesan pelbagai jenis lesen (permohonan / pembaharuan / pembatalan)
- Menangani aduan orang awam mengenai gangguan
- Menangani aduan orang awam mengenai kawalan mutu makanan
- Kumbahan /Sewage
- Tempat letak kereta
- Kesihatan Awam
- Kemudahan Awam
- Penyelenggaran Kemudahan Sukan dan Rekreasi