News

Adhere to the business operations
Posted on : 18 Nov 2016  Source of News: Utusan Sarawak
 

(Only available in Malay Version)

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengadakan kempen pelancaran mempamerkan notis yang menunjukkan waktu operasi yang ditetapkan di semua pusat hiburan dan pusat kesihatan refleksologi di sekitar Bintulu. Penolong Pengurus Besar (Bahagian Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali berkata sesi taklimat itu diadakan supaya pengusaha pusat hiburan dan pusat kesihatan refleksologi mematuhi masa beroperasi yang ditetapkan seperti yang telah termaktub dalam lesen perniagaan yang diperbaharui setiap tahun."Salah satu pendekatan ke arah mewujudkan komuniti yang bertanggungjawab serta sentiasa peka dan akur ke atas kehendak undang-undang (self-regulated community)," katanya. Beliau berkata demikian dalam Program Advokasi dan Pelancaran Notis Penguatkuasaan Waktu Operasi di pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat kesihatan refleksologi di Hotel Kemena semalam. Katanya, sesi taklimat itu juga diadakan bagi memudahkan agensi penguatkuasaan lain memantau aktiviti pusat hiburan dan pusat kesihatan refleksologi.

"Saya cadangkan pengusaha pusat hiburan mencari cara untuk memberitahu pelanggan bahawa masa beroperasi sudah hampir tamat dan kami dari pihak BDA juga faham bukannya mudah untuk berbuat demikian kerana berlaku segelintir pelanggan yang degil dan masih lagi mahu berhibur," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengurus (Seksyen Kesihatan dan Sanitasi) Mohamed Ansari Mohd Syed Ahmad pula menyampaikan taklimat berkata waktu beroperasi yang ditetapkan dalam lesen perniagaan pusat-pusat hiburan dan refleksologi itu harus dipatuhi.

"Waktu operasi yang sepatutnya dipatuhi oleh para pengusaha pusat hiburan hanya diketahui oleh pihak BDA selaku meluluskan lesen dan pengusaha sahaja tetapi tidak diketahui oleh para pelanggan.

"Inilah masanya kita cuba memberitahu pelanggan dengan mempamerkan notis waktu beroperasi di pintu-pintu masuk pusat hiburan dan refleksologi," jelas beliau. Sebanyak 57 wakil pusat hiburan dan 69 wakil pusat refleksologi hadir ke sesi taklimat itu. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis dan ketua- ketua jabatan lain.

Font Size AAA