News

BDA Anjur Program Sungkey Bersama Komuniti Bintulu
Posted on : 26 Mar 2024  Source of News: Edisi UKAS
 

(Only available in Malay version)

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menganjurkan Program Sungkey BDA Bersama Komuniti Bintulu di Naim Street Mall pada Isnin.

Seramai 200 warga Bintulu dan kakitangan BDA telah menghadiri program tersebut bagi berbuka puasa dan bersembahyang Maghrib berjemaah.

Dalam majlis sama, wakil Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada empat mangsa kebakaran Sungai Plan Lot, tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan 10 anak-anak yatim.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu Dato Sharkawi Alis dan Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holding Berhad Ruslan Abd Ghani. -EDISI UKAS


#UKASnews
#ukas5yo
#SaluranInformasiRakyat
#SarawakMajuMakmur

Font Size AAA