Message from General Manager

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.


Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya ucapkan selamat datang kepada semua pengunjung  Laman Web Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Sejajar dengan trend & perkembangan teknologi komunikasi dan kemajuan perkhidmatan jalur lebar yang semakin meluas, BDA komited dalam menyediakan perkhidmatan laman web yang mesra pengguna dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, berkualiti dan telus.

Pentadbiran BDA sentiasa berusaha dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisen, cepat dan mudah untuk dicapai khususnya oleh penduduk di bahagian Bintulu. Kini urusan yang ingin dilakukan oleh orang ramai tidak hanya tertumpu dalam waktu bekerja sahaja, malah pengguna boleh melakukan sebarang urusan yang berkaitan dengan BDA pada bila – bila masa dan dimana jua melalui beberapa saluran penyampaian seperti talian Hotline (Whatsapp) dan juga Laman Rasmi Facebook BDA.

Laman web ini menawarkan perkhidmatan atas talian kepada pengguna seperti mengemukakan aduan, tempahan fasiliti BDA seperti padang bola dan auditorium perpustakaan, pembayaran cukai taksiran dan sebagainya. Malah usaha Pentadbiran BDA dalam mendekati dan memudahkan urusan masyarakat setempat terus dipertingkatkan dengan mewujudkan pejabat-pejabat cawangan seperti  di Daerah Tatau dan juga Sebauh, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara BDA dan pelanggannya. 

Penduduk Bintulu juga boleh mengikuti perkembangan semasa mengenai program – program sosial, kempen – kempen terkini dan lain – lain aktiviti BDA dari semasa ke semasa bukan sahaja melalui laman web, tetapi juga boleh diikuti melalui saluran media sosial rasmi BDA seperti Facebook, Twitter dan Instagram. 

Akhir kata, saya percaya bahawa laman web ini akan menjadi wadah rasmi dua hala dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan serta dapat memberi manfaat kepada penduduk Bintulu khasnya. 

Selamat Melayari Laman Web Lembaga Kemajuan Bintulu! 

#bintulutogether
#bdacares 

DATU HAJI MUHAMAD YAKUP BIN KARI
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU   

      

Font Size AAA