PROGRAM KESEDARAN DAN PENGUATKUASAAN KEBERSIHAN

Posted on 08 Jan 2026
Source of News: FB BDA
Program Kesedaran dan Penguatkuasaan Kebersihan telah berjaya dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan Kidurong 1, bertempat di kantin sekolah tersebut. Program ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Mohammad Daud bin Ahmad dan dilaksanakan merangkumi sesi petang serta sesi pagi bagi memastikan penyertaan menyeluruh warga sekolah.

Bagi sesi petang, program ini telah dihadiri seramai 547 orang murid dan 80 orang guru, manakala sesi pagi pula melibatkan seramai 398 orang murid serta 10 orang guru. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen tinggi pihak sekolah dan sokongan berterusan BDA dalam memperkukuh tahap kesedaran kebersihan dalam kalangan warga sekolah.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, pematuhan serta amalan kebersihan secara berterusan, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih.

#bintululestari #bintulutogether
#bintulualowcarbonindustrialhub