MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI BDA 2026 BERSAMA MEDIA & AGENSI-AGENSI DI BINTULU
Posted on 26 Jan 2026
Source of News: FB BDA
(Only in Malay version)
23 JAN 2026 | MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI BDA 2026 BERSAMA MEDIA & AGENSI-AGENSI DI BINTULU

Alhamdulillah, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Apresiasi BDA 2026 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama erat rakan-rakan strategik sepanjang tahun 2025.
Majlis yang berlangsung pada 23 Januari 2026 (Jumaat) di Everly Parkcity Hotel, Bintulu ini telah disempurnakan oleh Datu Muhamad Yakup bin Kari, Pengurus Besar BDA.
Majlis ini bukan sekadar acara makan malam, malah merupakan simbol penghargaan BDA kepada semua agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak kesihatan, institusi pendidikan serta rakan-rakan media yang sentiasa berdiri bersama BDA dalam menjayakan agenda pembangunan, kesejahteraan masyarakat dan keharmonian Bintulu.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua agensi yang terlibat, antaranya Pejabat Residen dan Daerah, pihak media, UKAS, PDRM, BOMBA, APAM, Hospital dan Pejabat Kesihatan, NREB, DOE, UPM, institusi pendidikan serta RELA Bintulu atas sokongan dan dedikasi yang amat dihargai.
BDA turut menegaskan kepentingan peranan media sebagai rakan strategik dan jambatan komunikasi antara agensi kerajaan dan masyarakat, demi penyampaian maklumat yang tepat, berfakta dan beretika.
Semoga jalinan kerjasama yang telah terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi merealisasikan agenda pembangunan Bintulu dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan daripada kami di BDA.