BDA tingkatkan kesedaran masyarakat pelihara alam sekitar

Posted on 27 Oct 2025
Source of News: TVS


(Only Available in Malay Version)

BINTULU, 27 Okt: Program Bintulu Car Free Morning berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat di sini, semalam.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), acara dimulakan dengan sesi senaman pagi sebelum diteruskan dengan acara utama, Run for Sustainability yang menjadi tumpuan peserta.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan kenderaan dan memelihara alam sekitar, selaras dengan visi menjadikan Bintulu sebagai bandar rendah karbon serta lebih lestari,” menurut kenyataan itu.

Antara aktiviti sampingan yang turut menceriakan suasana ialah Kidzoona Fun Corner, ruang interaktif mesra kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan oleh Herba Life Nutrition Club, Miri, Pameran Emart Residences, promosi Sungai Plan Service Apartment serta Pameran CelcomDigi yang menampilkan pelan Internet 5G tanpa had.

Kehadiran dan penyertaan aktif masyarakat setempat mencerminkan komitmen terhadap gaya hidup sihat, mobiliti mampan dan pembangunan hijau di Bintulu.-TVS